Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan menyifatkan
pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di
kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah, sebagai bacul dan tidak
profesional.
Beliau hairan NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat
Alam Malaysia (SAM) bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum
ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia
berlaku di Kedah dan Kelantan.
“Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal
segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada
langsung sikap patriotisme mereka.
“Saya syak NGO-NGO ini ada persefahaman dengan pihak-pihak yang hendak
melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh,” katanya semasa berucap pada
program ‘Santai Orang Muda’ bersama beliau di sini, semalam.
Lebih 200 orang muda mewakili NGO, gerakan dan persatuan belia serta
wakil-wakil persatuan pelajar seluruh Kedah menghadiri program itu.
“Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari
dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia,”
kata Fuad.
Beliau menasihatkan golongan muda mengambil peduli dan berfikir panjang
terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak
tertentu.
Katanya golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin
yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada
1974.
“Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana
pelajar dipergunakan oleh (kini ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim,
boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti.
“Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya
bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Sebab itu saya mahu golongan muda
hari ini berfikir dengan lebih terbuka.
“Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu.
Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi bawah umur 25 tahun. Saya harap mereka membuat
keputusan tepat,” katanya.








datuk,
BalasPadamthey have been and will be without balls for the rest of their life. they are selective in their comments. I wish they can go through the cycle of life that we have gone through.