Rentetan permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu mengesyorkan kepada
RTM dan TV3 tentang kesediaannya muncul di layar TV bagi menjelaskan isu Amanat
Haji Hadi yang selama ini telah menjadi punca berpecahnya perpaduan umat Islam
di Malaysia, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula mahu juga muncul di TV.
Nik Aziz mahu muncul dalam TV sama ada di RTM dan TV3 kerana mahu bercakap
dan memberikan penjelasan tentang perjuangan PAS. Ini kerana sejak akhir-akhir
ini perjuangan PAS dilihat telah keluar landasan perjuangan Islam setelah
menjalinkan hubungan dengan DAPig.
“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada
setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya.
Nik Aziz berucap sedemikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan
ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang.
Terdahulu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais
Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan
penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung
terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau
sebaliknya.







