Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjelaskan bahawa slogan PR
bukan “Demi Rakyat” sebaliknya ditukarkan kepada “Rampasan Kuasa Didahulukan, Pentadbiran
Huru-Hara Diutamakan”.
Ini kerana PR lebih berminat kepada mengamalkan politik kebencian termasuk
melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum berbanding mengamalkan politik bersih.
Berbeza dengan pendekatan MCA yang mendukung usaha mengintegrasikan rakyat oleh
BN sejak negara merdeka lagi.
Menjadi kelaziman DAP yang hanya tahu menyalahkan kerajaan Pusat apabila
gagal membawa perubahan di Pulau Pinang, tetapi pada masa yang sama bersikap
tidak malu mengambil pujian atas hasil kejayaan besar dasar kerajaan negeri
yang ditadbir BN sebelum ini.
Selain itu, DAP gemar menyalah dan memburukkan agensi dan jabatan kerajaan
menerusi pelbagai kaedah termasuk perhimpunan haram BERSIH.
DAP kerap kali menyatakan bahawa parti itu tidak bersikap perkauman dan merupakan
parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya DAP sebuah parti cauvinis Cina. Lihat
sahaja bagaimana struktur DAP negeri yang mana tidak seorangpun Pengerusinya
diwakili pemimpin Melayu atau India.
Bercakap soal ekonomi, DAP kerap menyatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
meminggirkan orang Cina namun hakikatnya purata pendapatan isu rumah dan
pemilikan hartanah oleh kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain
termasuk Melayu. Juga, kada pengangguran kaum Cina juga berkurangan.
Dalam pada itu, sikap berdiam diri DAP dalam akuan bersumpah Penolong
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal lebih 20 akaun induk bernilai RM3
bilion semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga skandal tanah yang
membabitkan wang rakyat sebanyak RM1 bilion di Selangor. DAP juga tutup mata.
Demikian juga ketidaktelusan dalam pemberian tender terbuka di Kedah dan
Kelantan yang dikuasai PAS serta projek WiFi di Pulau Pinang yang dianugerahkan
tanpa melalui proses tender.








LIM GUAN ENG BUKANNYA BERDEBAT TAPI BERPIDATO DARI TEXT...YANG DIA SEDIAKAN. BELIAU TIDAK MENJAWAB BANYAK SOALAN DARI CHUA SOI LEK....AND MEMBER OF THE FLOORS AND PANELIST.PELUANG YANG DIBERI DIGUNAKAN BELIAU UNTUK PLATFORM CERAMAH POLITIK.ITS A WASTE OF TIME BERCAKAP SYOK SENDIRI TANPA FAKTA ATAU STATISTICS. ON THAT NOTE CHUA SOI LEK SPEAKS VOLUME.
BalasPadamMORRIZO