Ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat bersama barisan Exconya berkumpul di Kampung Berangan Mek Nab, Machang,
sempena upacara meletakkan batu asas bagi pembinaan lebuh raya baru
menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai, baru-baru ini banyak persoalan timbul.
Dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion dan turut memohon derma daripada
rakyat Kelantan untuk bergotong-royong membina lebuh raya sepanjang 73
kilometer itu kesangsian semakin dirasakan, adakah projek itu akan berjaya?
Belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini di mana sebuah projek mega
yang bernilai berbilion ringgit ditanggung oleh rakyat apatah lagi ketika
rakyat sendiri kini dibelenggu dengan masalah kemiskinan dan kenaikan harga
barangan.
Sepanjang 22 tahun PAS memerintah Kelantan, banyak janji pembangunan
termasuk bertaraf mega yang dikhususkan untuk rakyat Kelantan hanya tinggal
kenangan atau lebih cantik lagi, janji tinggal janji.
Terbaru, cadangan janji pembinaan lebuh raya bernilai RM1.8 bilion dari
Kota Bahru ke Kuala Krai bagi menarik sokongan rakyat ke atas PAS. Sebelum ini,
PAS pernah berjanji untuk melaksanakan 16 projek mega bernilai RM100 juta
hingga RM1.5 bilion yang berjumlah melebihi RM7.63 bilion di Kelantan.
Namun begitu, semua janji-janji ini hilang timbul dan tidak pernah menjadi
kenyataan dan sebaliknya akan timbul semula menjelang pilihan raya.
Berikut disenaraikan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan yang BELUM
ditunaikan.
1.
Projek Industri
Petrokimia di Pantai Senok, Bachok RM2
bilion
2.
Pusat Peranginan Tasik
Kwong, Rantau Panjang RM1.5
bilion
3.
Bandar Baru Pengkalan
Kubor RM1
bilion
4.
Bandar Peranginan Danau
Tok Uban RM885
juta
5.
Bandar Perikanan Tok
Bali RM800
juta
6.
Pelabuhan Pantai Sri
Tujuh, Tumpat RM360
juta
7.
Projek Pelancongan di
Danau Tok Uban RM350
juta
8.
Pembinaan Terminal Bas
Bersepadu di Kubang Krian RM328
juta
9.
Projek Agro Tourism
Pergau, Jeli RM250
juta
10.
Afta City di Rantau
Panjang
11.
Pelabuhan Darat di Kuala
Krai
12.
Projek Jihad Ternak
13.
Projek Tanaman Depu, Gua
Musang
Apa pula kata PAS selepas ini? Marilah kita tunggu dan lihat...








tok malu sungguh la puok mugo goktu ko dok nippu ore yg pakoh dio. yg jong makkohpun tok reti2 tok pehe2 bhwosonyo ore ko dok tipu nippu dio, ore ko natte tu hehhhhh? baso gilo babi blako
BalasPadam