Atas sebab kerugian yang dialaminya semasa BERSIH 3.0, sekumpulan peniaga Pertubuhan
Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) telah membuka dan berniaga burger
di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, S. Ambiga di Damansara.
Malah, peniaga IKHLAS mahu memanggil lebih ramai penjaja kecil membuka gerai
di sekitar kawasan kediaman S. Ambiga jika sekiranya tiada respons positif
mengenai tuntutan ganti rugi peniaga di sekitar kawasan terjejas akibat
perhimpunan BERSIH 28 April lalu.
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah memberi tempoh 2 minggu untuk S. Ambiga
memberikan respons berhubung ganti rugi yang berjumlah lebih RM200,000 yang
diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul
Rahman pada hari itu.
“Kami mahu S. Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa
ditanggung oleh para penjaja kecil
akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah
simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari
perhimpunan itu,”
S. Ambiga juga masih perlu menjelaskan ‘hutang’ berjumlah RM817,205
kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran BERSIH
2.0.
Dianggarkan seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja
Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam
bermula jam 2 petang. Ekoran kejadian itu, rumah S.Ambiga telah dikawal ketat oleh
tiga orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.
Kehadiran peniaga itu di hadapan rumah S. Ambiga telah dicemari dengan
insiden provokasi apabila salah seorang penyokong Ambiga menjerit ‘penyangak’
ke arah peserta protes menyebabkan suasana tegang apabila Presiden Ikhlas Mohd
Ridzuan cuba menafikan tuduhan itu dan
berlaku pertikaman lidah.
Atas sebab berasa dirinya diancam, S.Ambiga yang berada di rumahnya mengadakan
sidang media sejurus selepas itu kesal dengan tindakan pihak terbabit
mengadakan protes di hadapan rumahnya.
Seperti mahu menyalahkan kerajaan atas insiden itu, S. Ambiga telah
menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang
dilakukan oleh mereka yang datang ke kediaman dan mengganggu privasi dirinya serta
seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah pemimpin negara yang
ulas.
Dengan rasa angkuh dan sombong, S. Ambiga menjelaskan beliau tidak akan
bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan
ganti rugi itu di mahkamah, jika pihak
mahkamah arahkan bayar ganti rugi barulah dibayar.
Yang menjadi hairan dan ajaibnya, S. Ambiga menyatakan beliau telah membuat
laporan polis juga akan dibuat berhubung tindakan protes yang dilakukan di
hadapan rumahnya.
Mahukah polis menambil siasatan ini setelah melihat apa yang telah S.
Ambiga lakukan terhadap polis pada BERSIH 3.0???










hahahaha....cari polis apsal ? ko yg terbalikan keta polis ko cari polis lakk....isshh ! heran lah aku rakyat malaysia yg sokong bersih...begitu ramai melayu tunduk pada minachi ni sorang !! luuu pikiaq lah sendriii !
BalasPadamooops..nanti jangan cepat melatah...aku garenti pehak2 berwajib nie akan membantu puak2 minoriti nie.Apa saja tuntutan mereka akan dilayan...kita yang majoriti dan menghormati Undang2 juga yang akan terpinggir.Fikir2kan lah.Sikit demi sikit tanpa kita sedari tuntutan hamlau2 nie diberikan oleh pemimpin...Samada kita nampak atau tidak yang pasti KEALPAAN kita yang menyokong kerajaan,telah membenarkan segala nya berjalan tanpa halangan..sekadar berTEMPIK sahaja.i.e..semakin banyak nilai2 yang merosakkan budaya bangsa dan agama dibiarkan bebas..meLIBERASASIkan NEGARA.
BalasPadamIt's happening bro... fikir2kan lah